CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 1, 2009

Aku Mesti Menulis....

"Ahhh..aku x kira...aku mesti menulis juga hari ini...lantak le org nak paham ke..buat2 paham ke..x paham ke...buat2 x paham ke...yg penting aku mesti tulis!!" bentak hati kecilku.....

Apa yg ada dgn tajuk di atas?Ye...aku pun x paham pada mulanya...tapi aku mesti pahamkan juga..seperti kata pepatah English, “Do not fear risk. All exploration, all growth is calculated. Without challenge people cannot reach their higher selves. Only if we are willing to walk over the edge can we become winners.”

Off topic : erkk..ada kaitan ke pepatah tu dgn citer ni??hahaha

On topic :

Apa kata hari ini kita belajar mengubahsuai sistem pam air sedia ada yg menggunakan kawalan elektrod biasa kepada pam yg menggunakan sistem Variable Speed Drive (VSD)??haha...

Baiklah...apakah kebaikan menggunakan VSD ini?Kebaikan utamanya adalah memanjangkan jangka hayat pam tersebut..Dalam penggunaan pam yg menggunakan kawalan elektrod, penggunaan motor pam tersebut adaah tidak berdasarkan kepada penggunaan sebenar permintaan air (water demand). Ini bermakna, walaupun permintaan air berkurang, kelajuan motor pam tersebut masih pada kadar yg sama. Dengan penggunaan VSD, penggunaan motor adalah berdasarkan permintaan air yg mana kelajuan motor pam tersebut akan berkurang atau bertambah mengikut permintaan air.

Bagi menggantikan sistem pam sedia ada ini, panel pam sedia ada boleh dikekalkan. Terdapat beberapa penambahan dan kerja ubahsuai yg perlu dilakukan bagi membolehkan sistem VSD ini ditambah kepada sistem pam sedia ada. Komponen yg terlibat dalam kerja-kerja menaiktaraf sistem pam ini adalah seperti Frequency Inverter, Programmble Logic Controller (PLC), Electrical Contactor,Control Relay dan sistem instrumentasi.

Fungsi utama Frequency Inverter tersebut adalah untuk mengawal kelajuan motor. Sebagai contoh, apabila frequency inverter ini membekalkan frequency output pada kadar yg lebih rendah, kelajuan motor tersebut secara automatiknya akan diperlahankan dan begitulah sebaliknya.

PLC pula adalah teras kepada sistem tersebut. Ia akan mengumpul segala data Auto/Manual signal, Dry Run signal, inverter stop signal dan pump trip signal. PLC ini sendiri terdiri daripada komponen-komponen time switches, counters dan contactor relays.

Fungsi utama electrical contactor pula adalah sebagai suis yang akan mengawal sistem pam tersebut.

Sistem instrumentasi ini terdiri drp beberapa komponen iaitu Electromagnetic Flowmeter, Flow Signal Converter, Pressure Transmitter dan Pressure Gauge.

Electromagnetic Flowmeter : di pasang pada bahagian paip agihan di dalam rumah pam dan bertindak untuk mengukur 'ouflow rate' yang dibekalkan drp rumah pam kepada kawasan yang hendak dibekalkan seperti kawasan perumahan.

Flow Signal Converter : di pasang dlm rumah pam untuk memaparkan kadar pengepaman (pumping flow rate).

Pressure Transmitter : dipasang pada bahagian paip agihan. Digunakan untuk memantau tekanan pam (0 - 10 bars). Signal akan dihantar memalui kabel kepada frequency inverter untuk mengekalkan tekanan air. Bacaan tekanan air tersebut boleh dilihat melalui VSD LCD Display. Selain itu, pressure gauge juga perlu dipasang sebagai rujukan.

Dry Run Electrode System : level elektrod akan dipasang pada bahagian tangki sedut (suction tank) dan controller pula akan dipasang pada panel pam sedia ada. Fungsinya adalah untuk melindungi pam tersebut yg mana apabila tangki tersebut kering/tiada air, maka secara automatiknya pam tersebut akan berhenti.

Demikianlah penerangan ringkas daripada aku berkenaan sistem VSD untuk pam. Untuk makluman lanjut, hubungi pengedar/pembekal pam yang terdekat..wakakaka..

Wassalam...

P/s : Erkk....aku rasa xde sape pun yg berminat nak baca sampai abis citer ni...wakakaka

Thursday, October 22, 2009

Kesyukuran Dalam Kekurangan



Aku bersyukur aku bukan seorang a'lim,
supaya aku tidak mudah bongkak,

Aku bersyukur aku tidak kaya,
supaya aku tidak tamak,

Aku bersyukur aku bukan seorang a'bid,
supaya aku tidak merasa ibadahku hebat,

Aku bersyukur aku tidak kacak,
supaya aku tidak digoda nafsu,

Aku bersyukur aku masih tidak terlepas dari dosa kecil,
supaya aku dapat merasa kemanisan taubat,

Aku bersyukur kerana aku mempunyai kekurangan,
supaya aku tidak terjerumus dengan bahaya perasaan kesempurnaan

Kerana kesempurnaan hanyalah milik Allah...

Saturday, October 3, 2009

Senandung Buruh Kasar



M. Nasir

Senandung Buruh Kasar

Lihatlah bangunan yang tinggi menawan
Menghiasi kotaraya
Menjadi kemegahan dari zaman ke zaman
Kejayaan negara

Pandanglah aku yang bermandi keringat
Di bawah terik mentari
Bekerja dengan menghempas tulang
Mencari nafkah sehari

Aku hanyalah seorang buruh kasar
Di tengah kota besar turut merasa bangga
Kerana telah berjasa

Kerana tanpa kami tak mungkin terlaksana
Sebuah kota yang menjadi
Impian sezaman

Cukup hidup sederhana
Sedang bekerja, haaa..
Bisa bernyanyi, ketawa dan bersenda

P/s : Huh...dah lama aku cari lagu ni..baru jumpa..hahaha..sangat mendalam makna dlm lagu ni...

Saturday, September 26, 2009

Adakah P= ρgh ????

Pada waktu ptg yg memboringkan ini, maka tiba2 aku mula terpikir seperti berikut :-

Adakah P= ρgh

Ok..mari kita selongkar alam minda kita seketika....

Diberi P= F/A
di mana F=ma dan m=ρV

ma =PA
ρVa = PA

Dalam kes ini, a = g (pecutan graviti)

ρVg = PA
P = (ρgV) / A

di mana V = Ah

Oleh itu P = (ρgAh) / A
P = ρgh → (terbukti)


Warkh kah kah kah...apa la yg aku merepek ptg2 hari ni...mentang2 la selalu mkn kerepek time raya begini, tiba2 lak boleh aku termerepek...tiba2 lak minda aku tertumpu kpd rumus fizik bdk tingkatan 4 yg aku belajar dulu....dengan tak semena-mena otak aku cuba me'recall' balik hukum fizik yg aku selalu kantoi dulu2....wakakaka....

Okey..di kesempatan ini, memandangkan aku belum lagi membuat ucapan raya, maka aku pun mula mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kepada semua pengunjung ...Wassalam....

P/s : Wakakaka...mesti ada yg menyesal buka blog ni...xpe..hari raya kan...marilah kita bermaaf-maafan....Maaf Zahir Tak Batin.......erkk..tiba2 lak mak gua ajak minum air......dia tau gua tgh bosan...jom.....zzzzzzzz


Tuesday, September 1, 2009

Kawan atau ...........???

Huh..dah lama x hapdet...jadi, demi utk menyelamatkan kesinambungan dan maruah blog ni, jadi aku hapdet la sikit bulan ni sempena kedatangan bulan September....aku cedok dari laman web UO...tapi entry kali ni agak jiwang la sikit...wakakaka...layannnnn.....

Kawan atau ....??

Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

Ada kawan? Rasanya tiada manusia tanpa kawan. Kawan mudah dicari. Dengan sebentuk senyuman, kawan sudah boleh diperoleh. Dengan teh secawan di warung, kawan sudah boleh dibentuk.

Nilai kawan dan sahabat jauh berbeza.Jika anda ada teman lelaki,dia mungkin bergelar kawan, bukan pasangan kekasih. Kena pandai bezakan dengan kawan, sahabat dan kekasih. Sesetengah orang selesa sebagai kawan, sesetengah orang ingin dianggap sahabat, sesetengah orang mahu akhirnya digelar kekasih. Perlu lihat tutur kata pada awal perkenalan, kadang-kadang pada awalnya lagi sudah dapat diduga apakah dia ingin jadi kawan, sahabat mahupun kekasih.

Ramai gadis bertanya saya soal ini. Dia sudah berhubung dengan saya selama setahun, mengapa dia tidak faham apa yang ada dalam hati saya? Perlukah saya memberitahunya bahawa saya menyayanginya lebih dari seorang kawan?

Nah! Inilah bahananya jika anda tidak cuba memahami riak wajahnya, tutur katanya dan sikapnya sepanjang berkawan dengannya. Dia mungkin menganggap anda sekadar kawan, tetapi anda tidak. Anda menganggap dia lebih daripada itu. Anda mengharapkan cinta tetapi tidak pernah memberikan gambaran sedemikian. Maka dia tidak memahaminya. Diam - diam tanpa pengetahuan anda dia menjalin perhubungan dengan orang lain. Dan orang itu telah pun bergelar kekasih hatinya.

Ramai gadis kecewa direndam perasaan sendiri. Dia memikirkan lain dan mengharapkan lain tetapi lain pula yang ada pada diri seseorang lelaki itu. Kena berikan dia sedikit gambaran bahawa anda tidak sekadar menganggapnya kawan, tetapi kawan yang istimewa, kawan yang lebih daripada kawan, dan kawan yang ingin dijadikan kekasih.

Bagaimana melakukannya? Anda boleh hantar SMS berbau kasih. Ia ibarat melemparkan umpan sewaktu memancing. Jika umpan serasi, akan mengena. Jika tidak, umpan akan terbiar dibawa arus.

Memancing cinta juga begitu. Kena lemparkan umpan dan lihat apakah umpan disambar. Anda akan menerima balasan yang hampir serupa. Jika ayat-ayat power yang diberi, ayat-ayat power juga yang sampai kembali, itu antara lain tandanya kasih bersahut. Jika kata-kata berbau kasih, sayang dan cinta yang diberikan, yang diterima kembali
adalah kata-kata yang hampir serupa tandanya umpan anda serasi dengan selera ikan. Boleh terus memancing, boleh terus menghulurkan umpan. Hingga akhirnya ikan tersangkut di mata kail, ketika itu bolehlah tarik joran, pegang dan tangkaplah hasil. Tika itu tidak perlu berselindung lagi untuk mengatakan bahawa anda menganggapnya lebih dari seorang kawan. Dia adalah kekasih hati dan orang pujaan.

Ramai gadis menjadi mangsa keadaan. Dia tidak pernah tahu dia tidak dicintai. Dan tidak pernah tahu dia tidak pernah berada dalam senarai calon untuk dijadikan isteri. Dia berbaik dengan seorang lelaki dan membiarkan perhubungan itu berjalan dengan baik, sedangkan dia menyimpan hati, tetapi si lelaki tidak. Setelah berkawan hampir sepuluh tahun, usia telah lanjut baru tahu dia tidak sampai ke situ. Dia hanya berbaik, seorang yang baik dan mahu berbaik-baik.

Kenapa tidak memberikan gambaran awal supaya mudah mengambil keputusan, samada meneruskan atau beralih arah.

Bercinta adalah seni. Maka anda perlu menggunakan daya kreativiti dalam meniti di atasnya. Setiap cinta melalui jalan cerita yang serupa namun tidak pernah sama. Setiap watak yang melaksanakannya adalah berbeza maka anda perlu memahaminya. Bacalah peribadinya seawal perkenalan anda dengannnya.


P/s: Tengah2 syok aku lepak2 atas sofa kat ruang tamu kat rumah aku di kampung sambil berguling-guling, tiba2 mak aku tanya soalan maut kat aku..adeiihhh....ni yg malas nak balik kampung ni...wakakakaka

Thursday, August 6, 2009

Penaakulan Mantik

Erk....tiba2 je perkataan ni muncul kat kepala aku malam ni...ntah kenapa salah satu topik dalam subjek matematik ni muncul dlm kepala aku mlm ni lantas memberi aku idea utk menyambung nafas blog aku yg sekian lama di mamah usia tanpa ada sebarang progress walaupun sebenarnya entry aku mlm ni lansung tiada kaitan dgn perkataan tu....wakaka..ntah hape2 ayat.....macam ayat yg terkena jangkitan virus H1N1 je.....

Oleh itu, demi menyelamatkan maruah blog aku yg kian lama kian menguncup tanpa ada sebarang idea baru yg boleh berkembang seperti berkembangnya alam semesta ini mengikut teori relativiti Einstein yg pernah ditahkikkan mengikut formulanya suatu ketika dahulu, maka dgn bangganya aku menempek sebuah lagu instrumental yg amat best bagi aku sejak dua lapan menjak ni.....apabila mendengarkan petikan gitar ini, fikiranku melayang dan terapung seketika mengikut prinsip apungan Archimedes yang agak banyak membantu dlm pembinaan disiplin mekanik bendalir.....

Maka, dijemput tuan/puan sekalian melayan lagu ini dari petikan gitar Marty Firedman (ex-guitarist Megadeth) yang bertajuk Devil take Tomorrow....layannnnn.....



P/s : Wakakaka...cara macam ni pun boleh gak update blog yea...tak sangka lak aku...kalau dulu aku tau cara camni boleh update blog, dari dulu lagi aku dah buat..wakakaka

Monday, July 13, 2009

Beauty Among The Needles.....

Dipetik dari sebuah forum UO.....sama-sama kita ambil pengajaran....insyaAllah.....


Ceritanya berkisar tentang apa yang kita hendak, sering tidak kesampaian. Mengapa itu kita tidak dapat ?
Mengapa ini pula yang kita dapat?
Mengapa kawan kita dapat? sedangkan kita tidak dapat ?
Justify Full
Diumpamakan suatu kisah seorang ahli Ibadah dan kawan-kawan mereka yang lain berdoa ke hadrat Ilahi untuk memperolehi Bunga-Bunga.

Setelah ramai-ramai berdoa, pada keesokan harinya, tiap-tiap manusia yang berdoa itu akan dapat bunga masing-masing.

si-A dapat pokok melur. si-A amat gembira. wangi
si-B dapat pokok bunga rose. si-B amat gembira. cantik
si-C dapat pokok bunga Lily. si C amat gembira. menawan.
si-D dapat pokok bunga raya. si D amat gembira. besar.
begitulah seterusnya sehingga si-Z (yg paling sabar dan tabah).

si-Z pula hanya dapat batang-batang tandus kaktus yang berduri-durja.

Keesokan harinya, semua pokok-pokok itu berbunga dan mengharum kecuali pokok kaktus-tandus si-Z yang nampak tandus dan kasar.

Si-Z terasa agak terkilan. tetapi sifatnya yang sabar, beliau tetapi bersyukur dan tidak berungut.

"Mungkin Tuhan tersilap dan tidak mahu aku berasa riyak" telahannya.

Dua minggu kemudian, bunga2 si-A, B, C, D dan Y semuanya semuanya telah kecut dan layu.

Tetiba, kaktus yang tandus kepunyaan si-Z tadi mengeluarkan bunga yang sangat cantik.

Bukan saja cantik, malah bunga kaktus tadi mempunyai ketahanan sangat lama sehingga berbulan-bulan dan bunganya sering bertambah dari masa ke-samasa. Bunga kaktus itu pula tidak mudah dipetik oleh sesiapa kerana durinya yang sentiasa mengawal.


MORAL: Itulah yang dinamakan sebagai Blessing in Disguise...

Maknanya kita tidak tahu, apa yang Elok bagi kita adalah tidak elok bagi Allah SWT.

Apa yang tidak Elok bagi kita adalah sangat elok bagi Allah SWT.




Sunday, July 5, 2009

Clear Skies Again Today..No Disturbances

Erkkk.....ada 3 entri je sepanjang bulan Jun lepas?huhh.....apa punya pemalas la tuan blog ni...wakakaka....rekod paling buruk aku dlm menghapdet blog sepanjang alam berblogging ni....huhuhu...

Ari ni, akhirnya aku berjaya jugak menghabiskan siri drama Jepun sebanyak 9 episod yg aku layan sejak semalam...Haha....punya la boring semalam, last2 terpikir utk layan citer Jepun ni.....

Citer yg aku layan tu bertajuk "Honjitsu mo Hare.Ijo Nashi" yg bermaksud 'Clear Skies Again Today, No Disturbances'....cerita ni bertemakan kemanusian sejagat (wahaha..main ikut sedap je aku bina ayat)......Berlatar belakangkan sebuah kepulauan kecil di Jepun...Mengisahkan seorang polis dari Tokyo yg ditugaskan menjadi polis di sebuah kepulauan yg kecil dan jauh dari bandar...Polis ni asalnya seorang detektif yg hebat di Tokyo yang dan selalu berlawan dgn Yakuza, samseng Jepun...sepanjang aku layan citer tu, aku dpt simpulkan yang bilangan penduduk kat situ tak sampai pun 20 org....huhuhu....Sepanjang dia bertugas kat situ, banyak la perubahan yg dia buat....Banyak org yg dia bantu....Mula2, penduduk kat situ tak berapa nak suka jugak kat dia..Tapi, last2 dia berjaya jugak menempatkan dirinya menjadi sebahagian penduduk yg penting di pulau tersebut...Untuk maklumat lebih lanjut, silalah layan sendiri..wakakaka....


Gambar : Nao matsushita, heroin citer ni yg cun...wahahaha

P/s : Perghhh...berjaya jugak aku menyelamatkan blog aku ni drp bersawang dgn sedikit hapdet yg tak seberapa hari ni...wakakaka

Saturday, June 20, 2009

Mencari Udang

Huh....perasaan malas ku malam ini membuak-buak ibarat buih teh tarik yg membuak-buak keluar dari permukaan teh tarik yg hening...bila tiba je hujung minggu, maka muncullah perasaan malas spt itu...jika tidak ada kerja yg 'urgent' untuk disettlekan, aku lebih rela berhibernasi saja dirumah bagi merehatkan minda setelah penat membanting tulang di pejabat/ site dlm tempoh 5 hari berkerja....

Sekonyong-konyong itu (aku tak tau sesuai atau tidak penggunaan perkataan spt ini dlm situasi ini, tapi aku belasah je sbb tak tau bila masa lagi aku boleh guna perkataan spt ini..wakaka), maka timbullah idea untuk membuat cucur udang sbg hidangan mkn malam aku hari ini dek kerana kemalasan aku utk menjejakkan kaki keluar rumah di malam hari bagi mencari beberapa sudu nasi...Nah, lihatlah hasilnya, tidaklah dpt dibanggakan sangat dengan rupa bentuk cucur udang tersebut spt bangganya apabila aku berjaya menaiki basikal tanpa roda ketiga sewaktu kecil-kecil dahulu. Namun demikian, sementelah berjaya menjamu selera dgn cucur udang tersebut, maka aku mula bertanya kpd diri sendiri....Seribu persoalan bermain di minda cetekku ini..."Di manakah udangnya spt yg di tulis pada label pembungkus tepung cucur udang tersebut???" Puas aku menangkis persoalan tersebut tapi sehingga entri ini ditulis aku masih tiada jawapannya...Tinggal misteri....



Begitulah rintihan seorang insan yg jauh diperantauan spt aku....Sekian....

P/s : Wahahaha...tak sangka, citer camni pun boleh dijadikan idea utk menambah koleksi blog...etnik kreatif betul idea aku ni..wakakakaka (gelak sambil kontrol lubang hidung agar tidak terlalu kembang sewaktu memuji diri sendiri..hehehe)

Saturday, June 13, 2009

Memanaskan Enjin : Perlu Ke?

Aku petik dari email aku..very good info.....

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi.

Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya.. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap
suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin.

Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

Save The Planet.

Tuesday, June 9, 2009

Lawatan Sambil Belajar Atau Makan???

Huh...xde citer best pun ari ni..saje nak membebankan lagi blog aku yg sedia ringan ini dengan citer yg ntah hape2..wakakaka....Hari ni aku ada 'factory visit' untuk barang-barang makmal bagi salah satu projek aku kat sekitar KL dan Selangor....Aku janji nak berkumpul kat hotel area midvalley dlm pukul 9 am..tiba2 lak aku boleh terbangun lambat ari ni..adeiii....lantas, aku ambil keputusan untuk jumpa terus dgn diaorg kat area kilang tersebut iaitu kat tol rawang dalam pukul 10 am...Maka, pukul 9.30 am aku pun bertolak la...Tengah2 aku syok bawak kete menghala ke Jalan Duta, tiba2 dgn selamba badak air je aku boleh terbelok masuk ke highway Penchala...ahh sudahhh......dah terlepas tol Jalan Duta..camne aku nak balik pun aku tak mengerti sbb aku tak pernah masuk highway tu (rupanya aku masih buta kayu kat jln2 KL ni..wakakaka)....so, aku pun gamble belasah je la jalan tu ikut signboard ke Rawang dgn perasaan yg bercampur baur ntah sampai ke idak ni...wakakaka...last2 aku terkeluar higway, masuk ke bandar kepong yg ntah kat mana2....pulak tu banyak traffic light..bila masa ntah diaorg bina traffic light tu..mentang2 la aku nak sesat kat situ, tiba2 rajin nak pacak traffic light (wakaka....tak semena-mena)....
Jam aku dah tunjuk pukul 10 am...org tu dah 2-3 kali call aku tanya aku kat mana...adeiii...ntah kat mana2 aku masa tu pun aku tak tau....aku pun terus redah je jln tu, lantas tiba2 ternampak highway Duke...huh..aku pun membelok la ke highway Duke tu dgn penuh sopan santun...masa tu memang niat aku nak patah balik je sbb nak cari balik highway yg masuk tol Jln Duta tu...aku lenjan je kete aku atas higway tu dgn penuh nafsu...wakaka...masa tu jam dah pukul 10 lebih...last2 aku tembus balik kat Setiawangsa, pastu masuk balik ke jalan yg mula2 aku masuk tadi...kali ni dah tak tersilap dah...jumpa gak tol Jln Duta tu...hooreyyyy!!ceist...masa tu aku dah menggelabah dah sbb org kat sana dah tunggu lama termasuk la 'client' projek tu...aku tekan je minyak tak ingat dunia...huhuhu......tak kira BMW atau BMX, semua aku cucuk bila diaorg bawak slow kat line paling kanan..wakaka..jahat giler aku hari ni...memang sesuai jadi samseng jln raya ari ni..huhuhu

Akhirnya, pada jam 10.45 am aku pun sampai la tempat diaorg..huhuhu...nasib baik la diaorg xde la marah sangat..nasib baik 'client' yg dtg tu bukan boss...wakaka...ok la tu, akhirnya aku sampai gak walaupun lewat 45 minit....kalau aku lewat 2 jam lagir teruk kan...bersyukur la sbb cuma lewat 45 minit..hehehe..

Sampai kat kilang tu aktiviti tinjau meninjau pun terus dibuat...kat Rawang tu, cuma tgk perabot makmal je..xde yg special sangat..lepas abis tengok-menengok produk utk projek aku tu, kami terus di bawa mkn ke sebuah restoran Thai....

Pukul 1 lebih, kami terus bergerak ke Kepong lak utk pegi ke tempat yg buat 'Reverse Osmosis (R.O)' system...sebenarya, aku sendiri pun tak reti sistem R.O tu macam mana, tapi pura2 tau je la depan client..wakaka..lepas tgk sendiri sistem tu dgn diberi penjelas oleh pengurus kat kilang tu, baru la aku mengerti siapa itu R.O..wahaha...xde la complicated sgt sistem tu rupanya...lepas tu, sekali lagi pengurus kilang tu offer makan lak..adeii..belum pun sempat makanan tengahari yg aku makan tadi melengkapkan kitar lengkap sistem peristalsis dari esofagus ke salur usus aku (main belasah je..wakaka), diaorang nak ajak makan lagi..hurm..lantak ko le...wahahaha...Kami dibawa ke sebuah kelab di Damansara..cuma minum dan mkn ringan2 je la..

Lepas tu, destinasi terakhir kami ialah ke Bandar Sunway, sebuah kilang yg membuat produk Laminar Air Flow, Fume Cupboard, passbox, Air Shower dan lain2 lagi (specialist dlm peralatan utk Clean Room)....Selama ni aku tgk semua produk tu dlm gambar je, kali ni berpeluang gak lihat benda tu disebalik kelopak mata aku sendiri...wahhh..lengkaplah sudah kitar lawatan aku hari ni....yg penting, perutku amat kenyang hari ni..wakakaka....jadi, bolehlah kiranya lawatan hari ni dipanggil lawatan sambil belajar dan makan..wakakaka...

-The End-

Gambarajah 1 : Lab Cabinet


Gambarajah 2 : Laminar Air Flow c/w ULPA filter (99.999 %), blower unit and etc.


Gambarajah 3 : R.O System c/w filtration system, RAW water tank, pumpset, ozonator, etc


Gambarajah 4 : Passbox

Gambarajah 5 : Fume Hood Cupboard (yang ni sebenarnya tak termasuk dlm projek aku, tapi saja aku ambik gambar..wakaka)

P/s : Erkk...tetiba lak aku terasa nak makan 'lepeng nyor'...wakakaka

Sunday, May 31, 2009

Arghh..Kenapa Kau Menjadi Sos Tomato???!!!!


Huhuhu...mesti pelik semacam je bila baca tajuk tu....aku pun x percaya camne leh terpikir nak wat tajuk camtu...wakakaka....

Aku bengang betul la.....camne la tiba2 sos cili yg aku beli bertukar jadi sos tomato?huhu...Apa la mangkuk hayun sangat tiba2 jadi kes terpencil camni (apa aku merepek dgn ayat ntah hape2 nih)...

Semalam aku gi pasar raya utk beli barang2 keperluan termasuk la pewangi ketiak (erkk..perlu ke aku mention mende nih kat sini?wakaka)....Antara barang keperluan tu termasuk la sos cili...Pilih punya pilih..angkat letak balik..balik angkat letak..aku pun capai la sebotol sos tu....

Then, tadi masa aku nak makan malam (aku mkn keropok je..goreng sendiri..malas nak kuar umah gi kedai makan..wahahaha), aku pun duk la mengadap TV sambil mengadap juadah mkn malam aku....bila je aku nak tuang sos tu ke dalam piring, tiba2 sos cili yg ku beli itu bertukar wajah menjadi sos tomato....astaghfirullah...rupanya aku tersilap ambik sos tomato masa beli barang semalam...adeii.....bengong betul le...camne le aku tak boleh bezakan antara sos tomato dgn sos cili...wakakaka...nak kata buta warna, xde pulak..huhuhu

Jadi, apa yg perlu aku buat skrg dgn sos tomato itu?bolehkan aku memulangkan kembali sos itu ke kedai itu?Sudah tentu jawapannya tidak...Kemudian, apa lagi option yg aku ada?Apa yg boleh aku buat dgn sos tomato itu?Adakah utk menjadi pencicah keropok?Adeii...tak mungkin!!Atau adakah aku boleh gunakan sos itu utk buat air sirap sbb warnanya jugak merah?Kalau ada org yg cacat deria rasa boleh la aku tipu dgn mengatakan itu sirap..Hurm...apa lagi yg boleh aku buat?Buat nasik minyak?Ceistt...macam le aku reti..huhuhu...Akhir kata, mungkin langkah terakhir yg boleh aku ambik adalah membiarkan saja sos itu bermukim di dalam peti sejuk aku sehingga tamat tempoh, lepas tu baru buang..wakakaka....

-The End-

Friday, May 22, 2009

Silence

“Never be bullied into silence. Never allow yourself to be made a victim. Accept no one's definition of your life, but define yourself.”
Harvey S. Firestone quotes (American industrialist founder of the Firestone Tire & Rubber Co.,1868-1938)

P/s : Yess...sekali lagi aku berjaya memecah keheningan malam yg dingin dgn menghapdet blog aku..wakakaka...tinggal sikit lagi BQ yang nak kena isi...malam esok aku boleh rilex...hooreyy!!!

Thursday, May 21, 2009

Laugh

“Through humor, you can soften some of the worst blows that life delivers. And once you find laughter, no matter how painful your situation might be, you can survive it.”
Bill Cosby quotes (American Actor, Comedian and Producer. b.1937, Philadelphia, Pennsylvania, USA)

P/s: Huh..tidak ku duga, sekali lagi aku berjaya menghapdet blog aku dgn jayanya...wakakaka..adeiii....aku mau tido!!!

Monday, May 18, 2009

Life...

"Life is like roads we travel, some are smooth, some are rough, some I’d rather forget but there’s one road I won’t regret the road where we met and become friends…"

P/s : Huh..berjaya gak aku hapdet kali ni..wakakaka

Thursday, May 7, 2009

Another Lonely Day....



One is the Loneliest.....
...........................
Chasing shadows
Of some one else’s dreams
Catching rainbows
That did not belong to me
Leaving footprints in the sand
Along a silent sea
Soaring on wings of eagles
Because I could not fly
Collecting ribbons
From some one else’s prize
Seeing my world
Through some one else’s eyes

Tuesday, May 5, 2009

Surgeri & Rawatan Mematikan Saraf ?


Fuhhhh.......lega rasanya lepas melakukan surgeri hari ni...huhuhu.....ptg tadi, masa waktu keje, tiba2 kesakitan gigi geraham kecilku datang lagi....lantas, tanpa membuang masa, aku mengemaskan barang2 aku, terus chow dari opis....wahahaha.....

Pukul 5.15 p.m, aku terpacak di klinik gigi...target ku cumalah nak check gigi aku dulu, pastu set appointment utk buat surgeri...tapi nasibku agak malang kerana waktu tu doktor tgh free, lantas terus melakukan proses pembedahan membuang gigi..wakakaka....

Pukul 5.30, proses surgeri pun dimulakan.....dgn gigih sekali doktor itu bertungkus lumus utk mencabut gigi aku yg rosak itu....perghhhh...punyalah azab aku menanggung sakit....bukan apa, gigi aku sikit punya susah nak tercabut....maklumlah, gigi superman...wakakakaka.....proses penggerudian yg amat nyilu di selang seli dgn proses cuba menyentap gigi agar tercabut terus berlaku....bila gigi aku tak boleh nak cabut lagi, dia gerudi lagi..lepas gerudi, try cabut lagi..tak boleh lagi, dia pun gerudi lagi...whoarghhhh.....proses ni berulang lebih kurang berapa belas kali pun aku tak tau....rasa nak putus je saraf tunjang aku melihat aksi doktor yg berkerja keras cuba mencabut gigiku itu....wohohoh....akhirnya, lebih kurang jam 7.00 malam, gigi aku selamat ditanggalkan dari gusi ku...selamat tinggal sayangku...wakakakaka.....lepas tu, ada satu masalah lain pulak...adeiii...gigi sebelah yg kena cabut tu rupanya dah ada effect...dah berlubang...

Lubang tu pulak dah sampai ke saraf, tapi lubang kecil je...doktor bagi aku 2 option, sama ada cabut atau buat rawatan mematikan saraf....adoi....tgh2 sakit camtu terpaksa lak aku buat keputusan yg amat mencabar...lebih mencabar dari mengambil keputusan UPSR masa darjah 6 dulu....tapi, dah tentulah pilihanku utk mengekalkan gigi aku tu..tak sanggup wei utk hilang sebatang gigi geraham lagi...sayang woooo.....huhuhuhu.....maka, doktor tu buat la rawatan mematikan saraf tu..ntah camne rawatan tu pun aku x tau...aku nampak macam dia masukkan dawai kat gusi aku..ntahlah...x tau pulak aku...tapi yg pastinya, rawatan mematikan saraf tu akan ada sebanyak 3 kali lagi lepas ni...setiap minggu 1 rawatan..huhuhu....boleh tahan jugak la harganya...campur surgeri dan rawatan matikan saraf ni, ada la dekat RM 1 ribu woooo....gila punya org gila...terbang lagi duit aku....huhuhu....

Akhirnya, aku terpacak dihadapan pc ini sambil meluahkan perasaan '2 jam bersama doktor gigi' tadi di atas platform blog ini..wahahaha...tapi, apa yg penting, esok aku dpt 2 hari MC...wuhuhuhu....esok aku ada meeting kat shah alam...boss aku nak jugak aku attend meeting tu walaupun aku cakap aku nak buat surgeri gigi..sanggup dia suruh aku postpone surgeri tu sebelah petang...idak le aku...dah sakit gigi camni, mana boleh postpone lagi...wahahahaha.....selamat tinggal 'meeting'..wahahaha

Akhir kata, jagalah gigi anda...jangan biarkan gigi anda diselaputi oleh plak yg menebal.....rajin2 la berus gigi....wakakakaka.......wassalam

P/s : Adeii..masih terngiang-ngiang bunyi gerudi itu dikepala ku......arghh....tidak!!!!aku trauma!!!

Tuesday, April 28, 2009

Objek Di Persekitaran Aku

Erk...tema entri kali ini ialah mari mengenal objek..wakakaka.....saje release tension jap sambil berehat dari keje sambil memerhatikan objek di sekeliling di dalam bilik aku di mana di situlah menjadi ofis nombor 2 aku...wakakaka......


Objek 1 : Erkkk...kotak kosong je ni.....

Objek 2 : Tin kosong?ceh...apa ke jadahnya..menyemak bilik aku je..

Objek 3 : Sebuah majalah langganan bulanan dari IEM (aku x sempat lagi nak baca..wakaka)

Objek 4 : Sebuah botol kosong lagi? (aku pun x tau apa ke jadahnya aku simpan botol ni..huhu)


Objek 5 : Sebuah laptop yg 'heavy duty'..wakakaka


Objek 6 : Sebuah mesin kira saintifik lama sejak zaman matrikulasi lagi
(tahun 1998)-kesayangan aku nih...

Sekian dahulu persembahan utk kali ini..semoga bertemu lagi di lain siaran di waktu yg tak sama..wassalam...aku mau tido...wohohoh...zzzzzzzzzzz

Sunday, April 26, 2009

Sebuah Bungkusan Dari Bandung

(Gambarjah 1 : Sebuah hadiah yg dibungkus dengan comel oleh aku..wakakaka)

Pada tanggal (bukan hantu penanggal) 26 April 2009, jam 10 pagi, maka aku telah kembali ke kolej yg pertama kali ku jejakkan sewaktu mula2 memasuki universitas pada sesi 1999-2000 dahulu...Kolej Keenam-Blok Keranji..Ya, bangunan itu tersergam indah di hadapan ku tepat pukul 10 am....masih sama keadaannya sewaktu aku mula2 masuk universiti dulu..tidak ada perbezaan pun dari segi bilangan tingkatnya....masih sama spt dulu...tapi, bukanlah niatku utk membalas derita..eh silap..itu tajuk lagu....sebenarnya, bukanlah niatku utk melawat kolej asal aku dulu...lansung tidak terlintas....kerana nawaituku pada hari ini hendak berjumpa seseorg...seseorg yg hanya ku kenali melalui untaian kata dari rangkaian internet dan sms....seorang kawan maya (bukan kawan Maya Karin ye)....akhirnya seperti yang dijanjikan, dia pun muncul dari celah2 bangunan usang di situ sambil berlari-lari anak menuju ke arah aku (aku tokok tambah je berlari-lari anak tu)......wakakakaka...macam suspen gile je citer..macam citer hantu plak..wakakaka.....

Takde apa pun sebenarnya..cuma niatku berjumpa beliau hanyalah utk menyerahkan sebuah bungkusan yg ku beli semasa aku bercuti ke bandung hujung bulan 12 dahulu....dah lama aku simpan, akhirnya selepas 4 bulan, barulah berkesempatan utk menyerahkan by-hand kpd beliau...hehehe....dengan berbekalkan kertas bersaiz A1 hasil drp lukisan arkitek yg ada dlm kete aku, maka aku balutlah hadiah tu lebih kurang ala kadar sahaja...lupa nak beli kertas hadiah sebenarnya..wakakaka...tapi xpelah, sekurang-kurangnya ada jugak usaha aku utk membungkusnya walaupun balutan hadiah aku tidak sekemas hasil tangan Jaafar Onn....hopefully beliau suka dgn hadiah tersebut walaupun aku x pandai pilih hadiah yg menarik..wakakaka...

Oklah....Nice to meet u my fren......chow!!!!


Sunday, April 19, 2009

Mengapa Kepalaku Rasa Sangat Sewel



Burrrppp......eh..silap...itu menunjukkan emosi kekenyangan walhal aku tak kenyang pun skrg sbb makanan tengahariku hari ni cuma la 3 keping kuih ropa segera yg aku bawak dari kampung.....Huh..emosi sebenarnya patutnya begini, "adoi".....wakaka..apa aku merepek ni...patut la tajuk entry pun dah sewel...huhuhu...

Hurm..banyak betul senarai dlm kepala aku ni yg bikin kepala gua pusing....Berikut adalah senarai yg berkaitan :

1. Menyiapkan drawing submission utk Bomba bagi projek PAF223 di Kota Bharu..Punya la berat drawing autocad projek ni...sekali klik pada line, sempat habiskan sebatang rokok...huhu

2. Menghadiri mensyuarat Kick-Off meeting bagi projek PAF257 di Trg esok bagi kerja-kerja pemasangan Peralatan Makmal...huh..yg ni lagi satu....dokumen kontrak tak buat lagi..esok apa la aku nak goreng ni....kalau goreng kuih ropa sedap jugak...huhuh

3. Menyiapkan laporan bagi perubahan kerja berserta costing bagi projek PAF173 di Trg..erk...yang ni lagi satu benda yg berbelit-belit...banyak sangat pertambahan scope of work berdasarkan komen JKR dan requirement lastest layout dari arkitek...aku perlu termenung kat depan pc sekurang-kurangnya 2 hari utk siapkan mend nih..adeiihh...

4. Menyiapkan design dan lukisan bagi blok 'King's Personal Residence' bagi projek PAF173...hahaha..yang ni lagi satu boleh wat aku giler...dulu dah ada design aku buat....tapi disebabkan arkitek ubah design dia secara total, maka aku perlu memulakan episod baru bagi design mekanikal bangunan ni...ceissstttt......tak abis2 menyusahkan aku..dah le bangunan ni pakai aircond jenis chiller.....susah bangat.....huhu

5. Menyiapkan design 'Hatchery' iaitu sistem kolam ikan air tawar bagi projek kat Kenyir...yang ni problem gak ni....sebab baru first time buat design ni....lagi satu nak kena buat design 'Ice maker' lak....hahahaha.....ni pun x pernah buat gak...macam mana mau start ni..huhuhu...

6. Menyiapkan design proposal bagi 'Hatchery' iaitu tempat marin bagi projek dgn UM...huhu....projek ni kat tepi pantai....satu masalah pulak aku nak kena kaji pasang surut air kat situ....macam la aku ni pakar kaji cuaca....mana la aku reti weiihh...adeihh...

7. Mengeluarkan Engineer's Instruction (EI) bagi projek PAF223...huh.banyak gak EI yg nak kena keluar ni..bangunan dah nak siap..adeii....macam mana aku nak curi masa ni...

8. Pergi jumpa Syabas bersama-sama C&S engineer bagi projek PAF245...yang ni nak bincang pasal submission internal plumbing aku....yg problemnya bukan internal, tapi external bawah C&S tu...water reticulation tak approve lagi, camne nak connect kpd internal...adusss....tak pasal2 masalah ni melibatkan aku...

9. Menyelesaikan kesemua semakan shop drawing bagi projek PAF245....nak kena mengadap JKR lagi le ni....malasnya aku..huhu

10. Menyelesaikan 'audit form' bagi projek PAF245....settelkan semua NCR...isi semua form testing/inspection yg berkaitan...argh...nak kena panjat site lagi le kalau camni....

11. Memantau beberapa lagi projek lain di bawah engineer lain spt projek Mardi, Banglo Bkt Tunku, NCER Sayong, ECER Kerteh, dan lain2 yg aku malas nak pikir..wakakaa...

12. Erk....eh...dah abis dah?

Cesh...xde la bnyk sgt pun....aku ingat sampai 30 senarai...huhuhu....senarainya memang la x banyak....tapi ruang waktu yg aku ada cukup terbatas utk menyelesaikan semua problem tersebut......oleh itu, aku panjatkan doa kepada-Nya agar melapangkan dadaku dan memudahkan segala pekerjaanku...aminnn.....Wassalam

Saturday, April 18, 2009

Seize The Day

Seize The Day by Avenged Sevenfold
(Album : City of Evil - 2005)




Seize the day or die regretting the time you lost
It's empty and cold without you here, too many people to ache over

I see my vision burn, I feel my memories fade with time
But I'm too young to worry
These streets we travel on will undergo our same lost past

I found you here, now please just stay for a while
I can move on with you around
I hand you my mortal life, but will it be forever?
I'd do anything for a smile, holding you 'til our time is done
We both know the day will come, but I don't want to leave you

I see my vision burn, I feel my memories fade with time
But I'm too young to worry (a melody, a memory, or just one picture)

Seize the day or die regretting the time you lost
It's empty and cold without you here, too many people to ache over
Newborn life replacing life, replacing all of us, changing this fable we live in
No longer needed here so where should we go?
Will you take a journey tonight, follow me past the walls of death?
But girl, what if there is no eternal life?

I see my vision burn, I feel my memories fade with time
But I'm too young to worry (a melody, a memory, or just one picture)

Seize the day or die regretting the time you lost
It's empty and cold without you here, too many people to ache over
Trails in life, questions of us existing here, don't wanna die alone without you there
Please tell me what we have is real

So, what if I never hold you, or kiss you lips again?
I never want to leave you and the memories for us to see
I beg don't leave me

Seize the day or die regretting the time you lost
It's empty and cold without you here, too many people to ache over
Trails in life, questions of us existing here, don't wanna die alone without you there
Please tell me what we have is real

(Silence you lost me, no chance for one more day)
I stand here alone
Falling away from you, no chance to get back home


Monday, April 13, 2009

Boss

Sebuah cerita yg dipetik dari email aku.....

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..

Woakakaka....penat aku nak tulih lagi nie.... (huhuhu..aku x tulis pun...copy paste je)

P/s :Layan lagu kat bawah ni kejap.......tajuk M.I.A....ntah apa maksud..wakakaka




Saturday, April 11, 2009

Black Rose

Uhuk uhuk uhuk (batuk secara mengada-ngada).....Isk...sepi...kesunyian.. sendiri lagi.....wakaka...bosan betul duk sorang2 kat opis pada hari cuti camni...biasanya ada lagi kawan2 aku yg lain kat opis pada waktu ni...tp masing2 semua dah siapkan keje diaorg (agaknya la), maka tinggal la aku sorang2....hehehe (sambil tersengih memandang dinding)...

Maka dgn ini, aku membesarkan speaker laptop aku ke tahap kritikal dan aku melayan sebuah lagu lama mengimbau zaman aku kanak2 dulu..huhuhu...kecik2 lagi dah start layan lagu 'Thrash Metal' disebabkan abg2 aku semua layan lagu berunsur camni...huhuhu...seingat aku, lagu ni aku start dengar masa aku darjah 4 kot...masa tu abang aku yg nombor dua bawak balik kaset ni ke rumah....

Oleh, marilah sama2 kita mendengar lagu di bawah sambil menutup telinga..wakaka..

It was dark and I was waiting
Some wolves were howling and it was full moon
Suddenly a total silence
I knew it had to happen soon

I was lonely out there
waiting for my messenger
He was about to bring me the Black Rose
I knew he would be coming soon
'cause thunderclouds were passing by
and flashing lights were blinding my eyes

There he stood in front of me
The men for whom I had been waiting long
In his left hand the Black Rose
The most powerful flower

Ancient words of evil times
spoken by the messenger
made this sacred flower shine bright
I could feel it's magic touch
It gave me strength, but far too much
and then I felt it couldn't be right

[CHORUS]
The Black Rose, the Black Rose, the Black Rose
is coming out to get you
The Black Rose, the Black Rose, the Black Rose
is coming out to get you

[SOLO 1]

[repeat CHORUS]

The messenger, he spoke out his curse
The demons power, i felt it strong
The Black Rose was credit to all this
in the hands of a devils son
A terrible disaster had just begun
The Black Roses revenge was cruel
A new age began with this flower
This rose was a destructive tool
The sun was covered by clouds
The moon now forever shines
An evil century made it's entry
We'd better dig our graves, to die

P/s : Bila perasaan aku tgh berserabut dan kacau bilau, aku akan mendengar lagu2 keras camni...Kira lagu kasi gegar kepala la konon...wakakaka

Monday, April 6, 2009

Farewell



Dah lama aku xde citer nak hapdet...so, susah2 sangat aku tampal je la lagu Cromok ni sebagai memenuhi syarat sebuah blog...wakaka.....

Farewell by Cromok

Aimless soul where were you now
For the angels come by the dawn

I walked the earth don`t tell me how
For a new hope soon to be born

There`s a life and time i know
I said farewell to myself
Before i go

Farewell to my loneliness
Farewell to my happiness
Farewell to our trouble

I`m above me

Here we have to let it go
And leave it all behind
Our suferings will end

Nothing can stop me now
What may come and go

Hope we stay toghether
We can say
Our mind were lost
Somewhere
Searching for the answer of the pray
When will we see ourselves again

Maybe in another world i find you
I`ll take my hand
Each time i see you cry

I said
Farewell to my misery
Farewell to your history
Farewell to our trouble

Sunday, March 29, 2009

Baiti Jannati


Hehehe...gambar rumah kat atas tu adalah hasil nukilan kawan aku, Che Nab...berikan tepukan gemuruh ibarat guruh berdentum dentam kpd beliau..clap clap clap......

Puas aku bodek beliau utk siarkan gambar ni dlm blog aku...siap ugut nak saman aku lagi...lansung x kesian kat aku yg sememangnya dah sedia ada banyak saman trafik yg tak berbayar ni..hahaha...akhirnya, setelah berhempas pulas aku memulas telinga beliau, maka tersiar juga la gambar rumah yg disebutkan di atas..hahaha...

Sebenarnya, gambar rumah tu adalah hasil kerja gigih beliau utk projek universitinya..Untuk pengetahuan, kawan aku ni bukan study dlm bidang architecture pun, malah jauh sekali bidang kefarmasian (farmasi)...beliau sebenarnya mengambil jurusan dlm bidang "Pengajian Pengguna" dan minor dlm bidang "housing" (kalau salah tolong betulkan ye..saya bdk baru belajar..hehe)...

Menurut beliau, konsep rumah yg dihasilkan ini adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri dgn rumah beliau di kampung..Bagi aku, hasil kerja yg dihasilkan ini bolehlah jugak dibanggakan sbb beliau sendiri pun baru lagi berjinak-jinak dgn bidang lukisan berkomputer ini dgn menggunakan 'smartdraw'...(smartdraw ni macam autocad la jugak, tapi aku tak pernah guna la)..Siap boleh wat interior design (ID) dan landscape tu....nasib baik je tak masukkan unsur/elemen elektrikal & mekanikal (M&E)...kalau tak, memang wa salute abis la...hehehe (apa lagi Che Nab, dah bodek tahap cipan ni, bila lagi mau belanja..wakakaka).......

Cuma, sebagai seorang pemerhati, apa yg boleh aku komen cumalah dari segi skala ruang sahaja (wujud ke istilah ni?belasah je lah..hehe)....Ada satu bilik tu, ruang toilet dia sama besar dgn ruang bilik tidur...hehehe...Tapi xpe, tujuan aku membuat entri ni bukan lah berniat utk memberi komen...sekadar mahu berkongsi hasil kerja beliau sahaja....

Sekian, terima kasih....

P/s ; Alamak...esok kena keje lak pada ari ahad...kena diskuss dgn boss aku dan kontraktor...ada masalah kat site sebab kemungkinan Main Switch Board yg dah nak sampai ke site tak boleh nak cater 'load' aircond.....kalau betul, ini masalah yg serius....huhuhu...semoga boleh 'solve' problem esok!!!aminnn

Saturday, March 21, 2009

8888


Hip hip hoooreeyyy dan juga yahooooo..........aku telah berjaya menjadi pembaca/pengunjung blog bertuah yg ke 8888....erkkk....agak2 aku boleh claim hadiah tak dgn tuan empunya blog spt di atas tu?wakakaka....camne ler boleh timbul idea bangang camni utk update blog aku malam ni..tahniah utk aku kerana berjaya sekali lagi menghapdet blog ini..wahahahohoh..sori kepada beliau kerana memperalatkan blog beliau utk menghapdet blog ini...huhuhu (sambil lari menyembunyikan diri)....

P/s : To my friend Mr. Tokan, aku mengucapkan "Selamat Pengantin Baru"....sori, gua tak dpt attend lu punya majlis esok sbb ada kerja urgent gua kena settlekan kat opis esok...sori bro....semoga berbahagia selalu.....

Friday, March 20, 2009

Kembali Bersiaran

Waaa.....idup lagi rupanya blog aku ni yg ibarat "hidup segan silu, mati tak mati2 gak"...

Fuh...selama seminggu aku melepak kat kampung..puas ati aku..hahaha....aku balik kg sejak khamis lepas...aku drive sorang2 je sambil nyanyi sorang2 dlm kete macam org gile demi menghilangkan rasa kemengantukan yg tidak teragak-agak....sampai rumah waktu maghrib...

Hari jumaat majlis akad nikah abang aku berlansung.....dengan gaya perutnya yg memboroi itu yg membolehkan pengumpulan udara tahap maksimum di dalam perut, akhirnya sekali lafaz sahaja ikatan sebuah perkahwinan telah termeterai.....(hahaha...tak agak2 aku kutuk abg aku..sama la macam dia kutuk aku dulu2...sori boh..hehe).....

Hari sabtu kenduri kahwin di sebelah pengantin perempuan di adakan....aku telah ditugaskan utk membawa pengantin lelaki dgn kete aku dgn harapan nanti aku turut menjadi tumpuan ramai awek2 yg ada kat majlis tu..tapi hampeh xde sape pun perasan kehadiran aku kat situ..warkh kah kahk kah.....bengong betul cita2 aku tu..huhuhu...

Hari ahad keluarga aku lak sibuk bersiap-siap utk menyambut kedatangan menantu pada isnin keesokkannya....pada pagi tu, aku telah ditugaskan utk ke pasar dgn ayah aku bagi mencari bahan2 utk memasak spt timun, lada, buah pauh (utk sambal belacan), ubi sengkuang, dan lain2 lagi...dan di sini la bermulanya episod sakit pinggan aku bila aku mengangkat timun2 yg berat itu ke arah kereta...adeii..sampai hari ni masih terasa sakitnya...tp sudah berkurang..dah tua rupanya aku ni..huhuhu...

Dan akhirnya, pada hari isnin, kenduri kawin kat rumah sebelah pengantin lelaki (rumah aku le tu) pun berlansung.....dalam suasana hujan yg tak henti2 sejak hari ahad lagi, kami dgn semangat yg kental akhirnya berjaya menghidangkan hidangan utk tetamu (cesh..poyos je ayat..huhuhu) tepat pada masanya (sebenarnya xdelah tepat sangat sbb ada tetamu yg dtg sebelum sempat kami hidang lagi..huhuhuhu)....Dan, yg paling best, minuman yg dihidangkan pada hari itu telah disediakan oleh aku...hahahaha......memang best la minuman yg aku buat tu....minum sekali pasti rasa nak balik terus...huhuhuhu....tengah duk sibuk2 layan tetamu tu (aku xdelah melayan pun...cuma tgk lauk pauk tu cukup ke idak je..heheh) , ternampak la sekonyong-konyong seorang gadis bergaya anggun di muka pintu pagar rumah aku seperti yg pada pengamatan aku pernah ku lihat....yeahhh....itulah cikgu blog aku yg digelar Cik Teh bersama jejaka idamannya.....hehehe...sebenarnya, aku tak terkejut pun sbb memang aku dah agak dari awal lagi sejak beliau mula bercerita pasal majlis perkahwinan ni dlm blog beliau....(harap2 xdelah komplen dari beliau mengenai minuman yg dihidangkan dlm majlis tersebut...kalau nak komplen gak, huh...siaplah ko...huhuhuhu).....

Hari selasa, kami semua berkemas rumah dan hari itu juga cuti aku berakhir...mengikut perancangan awal, memang aku nak balik ke KL pada hari selasa....tapi apakan daya, aku terpaksa menghadiri satu inspection utk projek aku kat Trg pada hari rabu secara tiba2 saja...dan pada hari khamis lak, ada meeting lagi kat bangunan PMINT....jadi, utk tidak menghampakan harapan semua pihak, maka terpaksa la aku stay lagi 2 hari kat Trg..wakakaka....best siot.....seminggu aku tak payah masuk opis...huhuhu....

Akhirnya, pada pagi jumaat (pagi tadi le), aku pun bertolak balik ke KL pada pukul 7.45 am dan masih lagi drive seorang diri tanpa ada isteri disebelah aku (memang la xde isteri, bukan aku yg kawin..wohohoh).....sampai KL pukul 1.15 tghr..terus pegi masjid kat opis utk solat jumaat...pastu terus masuk keje..adeiii....melambak keje yg berlonggok atas meja aku....huh...

Akhir kata, aku ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' utk abg dan kakak ipar baru aku....semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.......

(P/s : Tinggallah aku sorang2 yg belum kawin dlm keluarga aku..adeii..pasni bersiap sedia la aku nak menjawab segala serangan soalan dari mak aku.....huhuhuhu)

(Konon gambar candid le ni...kah kah kah.....macam hampeh je angle yg aku ambik...huhuhu)