CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 31, 2008

Aku & Kerja (Episod 2)

Esok Sabtu?whoarghh har har har…best giler….boleh bangun lambat…tapi apa kan daya, aku terpaksa menggagahkan diri jugak utk ke pejabat esok kerana ada beberapa kerja yg belum settle..cess….shop drawing yg belum disemak makin meninggi bukan setakat kat atas meja aku, bahkan mulai memenuhi setiap sisa2 ruang lantai berhampiran meja aku….sampai aku nak letak kaki aku kat atas lantai pun kena hati2 sebab takut tersepak rimbunan drawing tu..hahaha…ada shop drawing dari projek kat dungun…dari projek kat kubang kerian..dari projek kat cendering..dari projek kat jalan duta…huh..kalau di ikutkan hati aku yg kejam, mau je aku reject semua drawing tu..abis citer…huhuhu (aku xdelah sekejam itu)….Lepas tu, x cukup dgn shop drawing tu, dpt lagi satu job pulak ptg tadi…aku kena tolong QS buat evaluation harga tender sbg independent checker…kiranya aku ni third party la…sebab bukan company aku yg jadi konsultan untuk projek tu….pulak tu, xde drawing M&E..hanya berpandukan BQ lump sum dan drawing arkitek semata-mata..nak cepat lak tu…bengong!!!tapi xpelah…kalau evaluation aku x cukup tepat dan jitu, sekurang-kurangnya aku ada alasan sebab aku x dpt drawing M&E..whark kah kah kah!!!

Kali ni, aku rasa nak bercerita pasal salah satu projek aku yg banyak mengembangkan pengetahuan aku..yg banyak mengajar aku erti sebuah persahabatan (cess..apa kena mengena!!)..Projek ini berada di Kuala Terengganu berdekatan bukit besar dan sudah pun beroperasi sejak tahun 2007 (rasa-rasanya la..dah lupa lak..hehe)..defect liability period pun sudah tamat..Projek ini adalah sebuah hypermarket 2 tingkat dan sebuah bangunan 3 tingkat lain disebelahnya (dikenali sbg nnex block)..Hypermarket ini terdiri drp Mall Area, Sales Area, Warehouse & pejabat manakala annex block terdiri drp komponen utamanya iaitu food court, asrama & training centre. Projek ini dijalankan secara tender konvensional.

Projek ini bermula peringkat design sejak tahun 2005 lagi..ketika itu masih banyak benda yg aku sedang nak belajar.Dah le masa tu aku sorang2 je kat bahagian mekanikal selain boss aku…terpaksa la aku sendiri buat semua design dari heatload calculation sampai le ke hydraulic calculation..lepas tu, drawing pun aku sendiri yg kena buat sorang2..perghh…memang tak berperikemanusian lansung..memang tak terurus lansung diri aku masa tu..huhu

Dari segi sistem mekanikal yg terlibat, berikut adalah senarainya :

1) Air Conditioning

-Menggunakan sistem ‘Water Cooled Chiller’ yang berkapasiti 2 x 325 RT (each)
-Semua ‘Air Ahandling Unit’ (AHU) diletakkan secara berpusat dan sistem ‘return’nya adalah secara ‘free return’ sementara utk shoplot dipasang dgn ‘Fan Coil Unit’ (FCU).
-Pengiraan heatload adalah berdasarkan kriteria suhu 22˚ C ± 2˚ C dan relative humidity 50% RH .

2) Smoke Spill System

-‘Smoke management system’ perlu digunapakai dengan memperkenalkan ‘smoke spill system’. Sistem ini dipasang utk bahagian sales area dan mall area.

3) Fire Protection System

-Sprinkler System (High Hazard for warehouse & OH III for the rest)
-Hose reel system
-CO2 fixed installation system for all electrical room (consumer side)
-Clean agent system for TNB Substation (Argonite gas)
-Fire alarm & detection system (convensional type)

4) Internal Plumbing System

-Cold water plumbing using suction tank & all distribution pipe via pnematic pump variable speed type.
-Sanitary plumbing including grease interceptor for all kitchen

5) Transportaton System

-2 units Travellator with 9000persons/hr @ 30 mpm
-1 no. Goods Hoist at capacity of 1500 kg @ 7 mpm
-1 no. Goods Lift at capacity of 2500 kg @ 30 mpm

6) Mist System

-Sistem ‘mist fan’ lengkap dgn unit ‘high pressure pump’ di pasang utk food court bahagian annex block.

Sepanjang perjalanan projek ni, banyak giler meeting yg aku kena attend…dan sepanjang meeting tu jugak, bermacam-macam benda yg aku auta..huhuhu..kena marah tu, memang biasa la…pernah sekali tu masa site meeting, kitaorg round site dulu sebelum start meeting tu…tgh syok round site, ntah camne kaki aku tersepak plywood yg sedikit terkopak dari permukaan lantai..dan akhirnya, bedebab aku jatuh terlentang…perghhh….rasa nak je aku sorok muka aku kat celah2 plywood tu..abis putih seluar dan baju aku dgn debu..dah le masa tu jatuh depan client…Dato’ pun ada masa tu..nasib baik xde yg gelak…kalu ada yg gelak, memang saje nak menempah kasut boot aku la tu…huhu…

Tapi, memang aku bernasib baik kerana dpt handle projek tu…aku bersyukur kerana banyak ilmu yg aku pelajari..bukan selalu dpt projek buat hypermarket camtu…huhu…

Habis…Tamat…


Thursday, October 30, 2008

Kisah Telur Rebus

Ermm..kisah ni aku petik dari email aku...dah agak lama dlm email aku..sampai naik sawang dah...so..layannnnnn (meniru intonasi Cik Teh)...


Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas di belakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan . Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.
Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..

Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!!HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:

habih :.heheheh

Honest Answer to HR Questions!!!

Honest Answers to HR Questions!!!

Honestly, we will have these answers in our mind ... but we give different, tailored and suitable answers to the guy !

1. Why did you apply for this job?
I have applied for many jobs along with this and you called me now.

2. Why do you want to work for this company?
I have to work for some company who ever gives me a job, I don't have any specific company in mind.

3. Why should I hire you?
You have to hire some one, you may give me a try.

4. What would you do if this happened?
Well, it depends my mindset and mood at that situation...

5. What is your biggest strength?
Basically, daring to join any company who pays me well, without thinking of the fate of company

6. What is your biggest weakness?
Girls

7. What was your worst mistake, and how did you learn from it?
Joining my earlier company and learnt that I need to jump to get more money, so I am here today

8. What accomplishments in your last position are you most proud of?
Had I accomplished any in my last position, why do I need to change my job? I could demand more and stay there.

9. Describe a challenge you faced and how you overcame it?
Biggest challenge is answering the question "why are you looking for a change" and I started blabbering irrelevantly to overcome that.

10. Why did you leave/ are you leaving your last job?
For the same reason why you left your earlier job

11. What do you want from this job?
If no work is given but keep giving good hikes

12. What are your career goals and how do you plan to achieve them?
Make more money and for that keep jumping companies for every 2 yrs

13. Did you hear of our company and what do you know of us?
Yeah, I know that you will ask this, I've gone through your website

14. What is the salary expected and how do justify that?
Well, no one will change job for the same salary, hence, give me 20% extra than what I am getting and that is unpublished industry standard (I know you will bargain on what ever I ask, hence, I have already hiked my current salary by 30%)

(P/s : Kepada Cik Teh, harap2 lepas ni kalu ada interview lagi, boleh la guna cara ni yea...suka sgt melompat-lompat keje...huhuhu..selambe je aku kutuk cikgu blog aku)

Kisah Tauladan Yang Menyayat Hati

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.

Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."

Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....

BAAANGGG!!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.

"Mak, Usin di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah, Adi.... mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat.

"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!

Malu beb!!

Sekian..

Wednesday, October 29, 2008

Aku & Kerja...

Huhuhu…akhirnya kereta aku telah mula bergerak hari ni setelah 2 hari tersadai kat rumah…walaupun begitu, kegagalan fungsi kereta aku yang menyebabkan battery kete aku ‘ternyahcas’ masih gagal dikesan..namun begitu, aku tetap menyuruh pomen tu tukar suis brek belakang yg menjadi suspect utama untuk menyedapkan hati aku…Oleh itu, kepada boss aku, sudilah kiranya jangan menyuruh aku bawak kete aku gi outstation dlm seminggu dua ni sehingga keadaan kereta aku diyakini telah stabil..sorry boss..huhu….

Hari ni, tergerak pulak hati aku untuk bercerita mengenai salah satu projek aku yg sedang dlm ‘construction’ sekarang walaupun tiada sesiapa yg menyuruh aku bercerita…Sebenarnya, pagi tadi aku telah ditugaskan untuk membuat ‘site evaluation’ bagi kerja-kerja M&E bersama-sama pihak kontraktor dan JKR..masa kat site tu, terpikir lak aku untuk menulis kisah projek ini kerana projek ini agak special dari segi sistem mekanikalnya….

Projek yang akan ku kisahkan kali ini terletak di Jalan Duta berhampiran kompleks kerajaan..Projek ini merupakan blok tambahan kepada bangunan arkib yang sedia ada..Sebenarnya, perjalanan projek ini pada mulanya agak tragis.Namun, berbekalkan kecekalan hati yg jitu (cesss…), akhirnya projek ini berjaya di ‘construct’.Projek ini adalah sebuah projek ‘Design & Build’ yang bermula proses tendernya sejak tahun 2006..(tak sangka lak boleh sangkut projek ni walaupun kos yang dikemukakan adalah jauh lebih rendah berbanding anggaran pihak JKR..dah rezeki, terima je lah…)

Rekabentuk bangunan ini terdiri dari Aras 1, Aras 2, Aras 3 dan Aras 4 (aku pun x tau apsal diaorg tak mula dengan aras ground floor spt kebiasaannya). Fungsi utama bangunan ini adalah untuk ruang penyimpanan bahan-bahan bersejarah arkib yang terdiri daripada filem2 lama, rekod2 bahan kertas, rekod2 bahan komputer, dan lain2. Ruang penyimpanan ini dipanggil Bilik Repositori. Selain itu, bangunan ini juga menempatkan sebuah auditorium, bilik studio rakaman, pejabat, perpustakaan dan laboratori.

Sistem mekanikal bangunan ini dipecahkan kepada beberapa seperti berikut :

1) Air Conditioning Services

-Terdiri drp sistem ‘Water Cooled Chiller’ yang berkapasiti 280 RT (total)

-Setiap bilik repositori dibekalkan dgn sistem 24 jam dan bilik ini juga mempunyai suhu bilik yang agak rendah dan kelembapan (%RH) yang agak rendah. Bagi mengawal %RH tersebut, sistem ‘dehumifier’ dibekalkan (%RH yang paling rendah diperlukan kalau tak silap aku ialah 30% RH)

-Terdapat juga sebuah Cold Room yang bersuhu di bawah 5 deg. C

2) Mechanical Ventilation

-Ruang laboratori dibekalkan dengan sistem ‘fume hood extarctor’ yang mana sistem ini berfungsi utk menapis habuk yg terhasil semasa mencuci filem.

-Bagi ruang toilet, hanya sistem ‘exhaust fan’ jenis ‘wall mounted’ individu yang dibekalkan (tiada ducting).

3) Fire Protection

Sistem pencegah kebakaran terdiri daripada beberapa sistem seperti berikut :

3.1 Sprinkler System (Ordinary Hazard Class I – 30 m) – (giler apa..paip sprinkler pun kena pakai G.I Class C)

3.2 Hose Reel System

3.3 Dry Riser System

3.4 CO2 Fixed Installation System for Gen-set Room and Consumer Room

3.5 Argonite System for TNB Substation (single chamber)

3.6 Clean Agent System (FM 200) for all Repository area and Recording/ Sound Studio

3.7 VESDA System for all Repository area (memang giler aaa)

3.8 Smoke spill system for auditorium and corridor (yang ni tgh appeal dgn bomba utk mintak pengecualian..gile apa..dlm tender x masuk pun..huhuhu)

4) Cold Water & Sanitary Plumbing

-Sistem biasa je…ada suction tank..ada flush valve pump utk toilet…sanitari pun xde special…

5) Lift Installation

-Terdiri drp 1 no. Goods Lift (2000 kg) dan 1 no. Dumbwaiter (200 kg).

6) Building Automation System

-Monitoring only (x reti nak explain lebih2 sbb bukan bidang kepakaran aku..huhuhu).

Projek ini dijangka siap pada September 2009 (rasanya la..hehehe)..Hopefully, projek ini dpt dijadikan reference utk aku apply P.E nanti…harap2 semua problem boleh settle la..huhu…

Sekian sahaja cerita yg memboringkan utk mlm ini..Di bawah ini, dipaparkan beberapa keping gambar kat site yg sempat aku snap pagi tadi....Wassalam….



(P/s : Kalau Cik Teh jadi QS utk projek ni…mesti penat dia sebab hari2 kena ‘follow up‘ aku buat claim….biasa la..aku bab buat claim org ni memang xde mood..huhu)





English

Fill in the following blank with Yes or No-

a) ______ I don't have a BRAIN.


Who said English is easy ?

Tuesday, October 28, 2008

Analisis Kimia Tentang Kentut

Huhuhu.....belek punya belek aku punya email, terjumpa la risalah ni...dah agak lama aku dapat email ni...jadi, apa kata sama2 kita menghayati kisah sebenar disebaliknya.....

Analisis kimia ttg kentut .....Jangan cuma tahu baunya

saja, but harus tahu juga proses ilmiahnya.



1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara
yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah,
gas dari reaksi kimia & gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut?
Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin
banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara
terabsorbsi oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya
bakteria serta reaksi kimia antara asam perut & cairan
usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga
menghasilkan metana & hidrogen. Proporsi masing-masing
gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak
udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa
lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut,
makin besar proporsi nitrogen, karena gas-gas lain
terabsorbsi oleh darah melalui dinding usus. Orang
yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut
lebih banyak karena tubuhnya tidak sempat mengabsorbsi
oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut karena kandungan hidrogen sulfida &
merkaptan. Kedua senyawa ini mengandung sulfur
(belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam
makanan
anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh
bakteri dalam perut, & makin busuklah kentut anda.
Telur & daging punya peranan besar dalam memproduksi
bau busuk kentut. Kacang-kacangan berperanan dalam
memproduksi volume kentut, bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
karena adanya vibrasi lubang anus saat kentut
diproduksi. Kerasnya bunyi tergantung pada kecepatan
gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak bersuara?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi
bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil
sampingnya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas
lebih kecil, hangat & jenuh dengan produk metabolisme
bacteria yg berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut,
walau hanya kecil volumenya, tapi SBD (Silent But
Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan,
kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas?
Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorongisinya
ke arah bawah. Tekanan di sekitar anus lebih rendah.
Gerak peristaltik usus menjadikan ruang menjadi
tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya
untuk bergerak ke kawasan yg bertekanan lebih rendah,
iaitu sekitar anus. Dalam perjalanan ke arah anus,
gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung
besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung
gas akan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu
jauh, karena bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk
melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Tergantung kondisi udara, seperti kelembaban, suhu,
kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut,
jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu
meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar &
konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak
terdeteksi dalam beberapa detik, berarti mengalami
pengenceran di udara & hilang ditelan udara
selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang
sempit, seperti lift, mobil, konsentrasinya lebih
banyak, sehingga baunya akan tinggal dalam waktu lama
sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah
meninggalpun orang masih bisa kentut.

10. Betulkah laki-laki kentut lebih sering daripada
perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan gender.. Kalau benar,
berarti perempuan menahan kentutnya, & saat kentut
banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut?
Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder".
Kalau resonansinya bagus, bisa kedengaran di seluruh
penjuru rumah.

12. Mengapa makan kacang-kacangan menyebabkan banyak
kentut?
kacang-kacangan mengandung zat gula yg tidak bisa
dicerna tubuh. Gula tsb (raffinose, stachiose,
verbascose) jika mencapai usus, bakteri di usus
langsung berpesta pora & membuat banyak gas. Jagung,
kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan
baunya!).

13. Selain makanan, apa saja penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa
dikunyah, minum soft drink, naik pesawat udara (karena
tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus
mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul
dari lain lubang?
Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya
lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih
banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh
bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak
dikeluarkan?
Bukan diabsorbsi darah, bukan hilang karena bocor..
Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada
gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, tapi
hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar?
Bisa saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg
combustible (gas alam mengandung komponen ini juga).
Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru karena
kandungan unsur hidrogen.

17. Bisakah menyalakan korek api (mancis) dengan
kentut?
Jangan mengada-ada... konsistensinya lain. Juga
suhunya tidak cukup panas untuk memulai pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan
daging). Daging kaya akan protein. Protein mengandung
banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih
busuk.Lain dengan herbivora seperti kambing, kuda,
gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih
lama, lebih keras bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut
2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit
saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau
kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna. Kalau warnanya orange seperti gas
nitrogen oksida, akan ketahuan siapa yang kentut.

21. Apakah kentut itu asid, bes atau neutral?
Asid, karena mengandung karbondioksisa (CO2) &
hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet
Venus?
Planet Venus sudah banyak mengandung sulfur(belerang)
di lapisan udaranya, jadi kentut di sana pun tidak ada
pengaruhnya.
"

(P/s : Thank you to Cik Teh kerana sudi memberi tunjuk ajar...huhuhu)

Kisah Malang....

Aku lambat bangun!!!! Ya Allah....... ari nie ader presentation kat kerja aku! Mampos! Boss aku sumer ader, kalau aku lambat, abis lah karier aku kali ini. Aku bergegas ke bilik air nak gosok gigi. Maner colgate ? alamak!!!!!! ...colgate luper nak beli......camner nie?...takkan nak gosok gigi tak pakai colgate sey?...mulut aku kalau pagi-pagi berbau tak agak-agak... .bangkai tikus lagi wangi. No time to buy....terpakser gosok gigi pakai shampoo.

Aku bilas je badan, takder gosok-gosok, sabun pun aku skip. Lepas mandi aku pakai baju...carik baju kemeja lengan panjang biar smart sikit.Takder baju yg dah digosok!... sumer baju aku ronyok macam kertas kene gomol.....lerrrrrrr ......orang dah lambat nieee.....terpakser lah gosok baju kejap. Aku cari serika tak jumper...... .ader kat dalam bilek adek aku. Aku ketuk pintu bilek dia, tak bukak...aku terik bukak pintu tapi terkunci. Hoi Leman!!!!bukak pintu ni lah !!! Aku nak amek serika....kau nak simpan itu serika sampai kiamat keper???? Bukaklah cepat!!!! Aku dah lambat nie. Adik aku kalau dah tido macam orang mati...susah nak sedar, aku ingat kalau dia mati betul betul pun orang ingat dia tido. Akhirnyee dapat jugak aku serika tu. Pager aku berbunyi. Opis aku yg page...dia letak 999, urgent lah tu. Aku tipon balik...diorang sumer carik aku. Aku cakap aku overslept, aku on the way, kejap lagi sampai. Aku pakai baju yg baru aku gosok....... . eh apsal kecik nie ?ler.....! aku tersalah gosok baju rupernyer!.. .aku tergosok baju adik aku. No time, aku pakai T-shirt polo, at least takyah gosok. Berdesut aku kluar rumah tunggu teksi. Sepuluh minit aku tunggu teksi tak datang-datang, akhirnya ader kosong, aku tahan, teksi stop....and at that very moment aku teringat yg beg berisi surat-surat for the presentation tertinggal kat rumah, aku suruh dreba teksi tunggu sekejap, dia kater ok sementara tu aku berdesut balik ke rumah. Bila aku patah balik, itu teksi dah takder....so tunggu teksi lain lah. Pagi-pagi memang susah nak carik teksi, kalau naik bas sudah terang tak sempat. Terpakser aku naik bas.....ramai nak mampos!.Macam sarden aku kat dalam. Drebar bas bawak punyer slow...approaching trefik light dia bawak lagi slow, dari jauh aku nampak lampu merah, lepas tu tukar ijau, bila bas dah nak dekat itu trefik light, dia tukar merah balik, bas pun berenti lah, aku punyer bingit. Aci kat sebelah aku plak tertido, kepaler dia terlentok kat bahu aku, ! lepas tu meleleh-leleh air liuh dia kener tangan aku....eeeeeeeeeee. .. bau kari, nie misti baru srapan prata nie, macam nak kasi satu kompang je. Orang makin berasak-asak, sebelah aku ader pompan mengandung.. dah sarat benar aku tengok...dlm ati aku deyni perut dah gini punyer besar pun masih naik bas lagi, naiklah teksi... kang tebranak dalam bas kang tak ke haru jadinyer? Aku pun bangunlah kasi dia duduk, bila aku bangun je, tu aci punya kpala sudah jatuh itu kerusi punya atas jugak, dia tepranjat, ape taknyer tengah tido syok-syok kat atas bahu aku...padan muker dia. Tu pompan mengandung taknak duduk plak....yek eleh deyni macam aku nak tempeleng je...owang dah kasi duduk tu duduk je lah... Jadi aku duduk balik lah, aci tengok aku sambil tersenyum, dia sambung tido kat bahu aku, siol punyer keling, satu kali punyer tepuk putih nanti. Perkara yg amat ditakuti terjadi juga,...trefik jam. Nak terkencing aku dibuatnyer, tah dah braper ribu kali aku asek pandang jam tangan aku.....why? ......why must this happen to me today? Aku dah penik rabak Tuh! an aje yg tahu camner punyer berkecamuk hati aku di saat ini. Pager aku berbunyik lagi.....999! ....nak call balik ke tak nak nie?......kalau call balik gerenti aku kener maki punyer.....abislah aku punyer promotion... .argghhh! Aku kluarkan aku punyer handphone... misti nak call baliklah.... aku akan explain the whole situation, hopefully boss aku understand. "Hello...Mr Ng, this is Malim.....i' m still stuck at this......." "Malim!!!... Where the hell are you, the whole dept is looking for you....boss will be here any moment u know" Tipon aku tiber-tiber termati...battery flat lerrr. Aku punyer supervisor mesti ingatkan aku letak tipon....arghhhh. ....abis lah aku! Nie apek kat depan aku asek peratikan aku dari tadi, muker macam LKY.....buat bodoh suah Aku turun dari bas yg dari tadi tak bergerak-gerak. ..kat depan ader kedai basikal, aku beli basikal dan berdesut ke opis. Sampai jugak aku kat opis....aku lari naik tangga menuju ke main entrance, at the same t! ime ader orang nak keluar BEDEBOOOOKKK! !!,...... aku tergolek jatuh da ri tangga, idong berdarah, fail dan kertas-kertas sumer betrabor. Aku pungut balik sumer kertas-kertas. ...ader yg melayang sampai kat tengah jalan..... aduuuhhhhhhhh. .. tensen nyer akuuuuuuuuuu! !!!!!! kereta sumer horn kat aku..... PON!!!! PONNNN!!!! PONNN!!!!! pasal aku kutip kertas-kertas kat tengah-tengah jalanraya... .. pager aku berbunyik lagi... BEEP!!!BEEP! !!!BEEP!! !!, orang pekik "HOI!!!! CLEAR THE ROAD LAHHH!" ....argggghhhhhhhhh hhhhhhh!! !!!!!!!bingitnye eeeeeeeeeee! !!!!!! Cuaca panas gileer...aku dah berpeluh-pelir. Dapat jugak sumer kertas-kertas yg betrabor tu. Akuu masuk ke opis, sumer tengah berkumpul... .....tengokkan aku yg baru masuk.....idong berdarah, baju basah, seluar terkoyak sikit, kertas-kertas dlm beg tak terurus. "Ahhhhh Malimmm..... .boss is on MC for three days...the presentation postponed to next week"..supervisor aku buka mulut. Macam aku nak sumbat mulut dia dengan mop.

How to Behave in Office..




Hehehe...Item nombor 3 tu macam kena kat aku je..Tapi aku bukan saje nak buat camtu...memang aku x sempat nak kemas...kalau kemas pun, x sampai 3 hari jadi macam asal balik....hahaha....Selamat mencuba!!!!

Bermulanya Sebuah Kisah....

Tanggal 27 Oktober 2008, hari Isnin, pukul 2.25 p.m, tatkala penganut Hindu sibuk merayakan Deepavali, di saat jiwaku diruntuh perasaan panas membara gara2 keretaku membuat onar kali ke-5 dlm tempoh 1 bulan, maka terbitlah coretan pendek (corpen) dari aku...walaupun aku jarang sekali meluahkan perasaan aku melalui coretan-coretan seperti ini, namun aku tetap menggagahkan diri untuk menulis sesuatu demi melepaskan ketidakpuasan hati aku terhadap masalah yg kuhadapi skrg....argh...mengapa harus terjadi sewaktu aku mahu keluar mkn tghr...huh....lapar sekali di ketika ini....

Lihatlah aku.....kerana gagal keluar mkn, maka terpaksalah aku menghabiskan sisa2 cuti deepavali ini di rumah sambil memikirkan macam mana la aku nak keluar gi meeting esok....Nampak gayanya, ada la opismate ku yg bakal menjadi mangsa esok..hehehe
Aku pun x pasti sampai bila la blog aku ni boleh bertahan...kerana aku sememangnya seorang yg pemalas di dalam bab penulisan...namun, akan ku cuba rajinkan diri ini agar dpt melatih diri aku menjadi penulis yg baik kerana pengalaman ini dpt digunakan utk aku menghasilkan report/penulisan yg baik di dlm alam pekerjaanku skrg....
Cukuplah dulu sbg mukaddimah blog aku kali ini....semoga diberi kekuatan utk terus menulis di masa akan dtg.....