CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 24, 2010

Aku Kembali.....

Huh....tak sangka, rupanya dah penuh lalang yg setinggi mankuk tingkat kat blog aku ni oleh kerana lama sangat dibiarkan tanpa update...hahaha....

Aku takde apa-apa citer yang best pun nak dikongsi kat sini...kehidupan yg amat biasa sedang aku lalui....

Oleh sebab aku takde cerita best, jadi aku nak tempek gambar je la kat sini...baru2 ni aku gi site inspection untuk projek aku kat Kenyir...sambil2 inspect apa yg patut, aku shoot le beberapa keping gambar sekitar projek aku secara rambang....Lepas settle kat site, sementara nak gi airport tu, aku singgah dulu kat Taman Tamadun Islam pergi minum...dapat la jugak aku ambik gambar pemandangan waktu malam dari situ...

Sekian










Tuesday, February 2, 2010

Road To Klang Gate Dam

Hari Ahad lepas, 31 Januari 2010 aku dan beberapa orang kawan aku pegi menjalankan aktiviti mengambil gambar di sekitar kawasan Empangan Klang Gate, kat area Bukit Melawati...sebenarnya, aku baru tau kat situ ada sembuah empangan walaupun aku dah lama duduk dengan area berdekatan situ..wakakaka.....berikut adalah beberapa keping gambar yg sempat aku snap sepanjang kat situ..sebenarnya, xdelah besar sangat pun kawasan tu...dan x ramai orang yang tau..hahaha...mungkin inilah kali terakhir aku menggunakan Nikon D60...isk isk isk..sedih pulak nak berpisah dengan D60 ni...sob sob sroottt.....jasamu takkan dilupakan wahai D60...wakaka..layannnnnn..........















Sunday, January 31, 2010

Road To Batu Arang

Hari Jumaat lepas aku ada satu site visit ke ladang penternakan Ibrahim Haniffa di Batu Arang, Selangor untuk salah satu projek aku..tujuan lawatan tersebut adalah utk melihat sendiri kandang kambing yang akan diaplikasikan utk projek terbaru aku...kawasan ladang tu agak luas, lebih kurang 250 hektar...rasa macam best je pulak bila tgk org ternak kambing ni...xde orang nak pressure...hari2 boleh tgk telatah kambing yg pelbagai...hahaha....selain tu, rusa pun ada gak dia bela...selama kat ladang tu, sempat la shoot beberapa keping gambar...tapi kebanyakan gambar kambing yg aku shoot agak tak menjadi sbb agak gelap dlm kandang tu...haha...tengok je la gambor kat bawah ni..sekian....











Saturday, January 16, 2010

Road To Sg Como

Hari Rabu lepas, aku balik Terengganu...sepatutnya hari tu ada meeting dgn klien, tapi dibatalkan saat2 akhir atas beberapa sebab yg tak dapat di elakkan..Disebabkan aku dah beli tiket tu dan tak nak bazirkan tiket tu, aku pun memandai-mandai bagi tau arkitek supaya proceed je meeting tu...haha...tapi malangnya hanya aku dan arkitek yg semangat lebih...lalu aku dan arkitek tu pun decide utk pegi tgk site je...sebenarnya, kalu ikutkan, memang aku malas nak gi site Sg Como tu...bapak jauh site tu..kat Kenyir nun di sana...tapi disebabkan aku bersemangat nak ambik gambar, ku gagahkan jua diri ini...wahaha.....berikut adalah beberapa gambar yg aku sempat snap sepanjang aku melepakkan diri di sana...layannnn....

















Tuesday, January 12, 2010

Tiada Apa-apa...









Tak ada apa2 pun aku nak citer kali ni...sajer je nak tempek kesan kemusnahan gambar hasil permainan aku menggunakan photoshop....wakaka....baru nak berjinak-jinak dengan photoshop pulak..dah boring hari2 asyik main autocad je...huhuhu....

Sunday, January 3, 2010

Coretan Awal Tahun 2010

Wakakaka....ari ni aku buat lawak bangang yg teramat bangang lagi membingungkan seisi rumah flat tempat aku menyewa...adeihhh....mati2 idup balik kemudian mati lagi lepas tu pengsan balik aku ingat ari ni ari Isnin...aku ingat aku dah lambat pegi keje...waktu bangun aku tgk jam dah dekat pukul 9 pagi..maka aku pun bergegas la pegi mandi sambil menyanyi-nyanyi anak..pastu siap gosok baju dlm keadaan kelam kabut...lepas tu kemas beg laptop aku...lepas tu start enjin kete..pastu bertolak ke opis...sampai je kat opis, aku tgk kawasan parking kete kosong je..aku pun berfikir sejenak..."Huh..apa la nak jadi org zaman skrg ni...dtg keje pun lambat.Camne nak maju.."...Kemudian, aku pun tgk kalendar kat handphone aku....astaghfirullah.....rupa-rupanya ari ni ari Ahad.....wakaka...camne le mindset aku boleh terpikir ari ni ari Isnin..patut aaa ada pakcik kat kawasan rumah aku tgk semacam je tadi masa aku kuar gi keje dlm keadaan tergopoh-gapah...wahaha..adeihhh..sakit sendi mulut aku gelak....

Okey..kita lupakan sejenak adegan yg tak sepatutnya berlaku itu...sekarang sudah tahun 2010...bermakna sudah setahun lebih blog aku di publish...sepanjang tahun 2009, xde banyak perkara yg berlaku yg membezakan antara tahun2 sebelumnya...hidupku cuma bergelumang dgn kerja..kerja..dan kerja...sampai cuti aku pun banyak lagi yang tak abis...kalu x silap aku masih ada 14 hari lagi kot...sedangkan company aku cuma bagi 14 hari je cuti setahun..ini bermakna aku masih belum lagi menggunakan cuti tahun 2009..aku cuma mampu menghabiskan cuti yg di 'carried forward' dari tahun 2008 saje...hahaha...Namun, ada satu perkara yg memberi impak besar kpd hidup aku tahun lepas..tapi, biarlah ianya hanya menjadi satu lagi memori yg cuba dipadamkan oleh aku..wakaka...poyo je ayat...

Apa aku nak buat tahun 2010 ni?Hmm...tahun 2010 ni aku ada satu target...kalau boleh, aku nak cuba ambik exam untuk Profesional Engineer...aku tau ianya bukan kerja mudah...masalah kekangan masa yg melampau mebantutkan usaha aku pada tahun lepas untuk ambik exam tu..tahun ni aku akan pastikan target tu tercapai..InsyaAllah..semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku di dunia dan akhirat..aminnn...borang semua dah ambik sejak tahun lepas lagi..dgn IEM pun dah daftar...cuma tinggal nak buat report je sebelum submit...aku harap aku dpt mencari ruang waktu untuk merealisasikan cita-cita aku pada tahun ini...

Hmm...dah malas dah aku nak bercerita panjang...cuma nak ambik mood tahun baru je supaya aku lebih aktif utk menulis blog..wakaka.....akhir kata, meh kita layan gambar percutian aku di Sabah sepanjang 30 Dis. 2009 - 1 Jan. 2010...oh yea...waktu malam tahun baru tu, aku berada di sebuah chalet di Kundasang, Sabah yg hanya berbekalkan RTM1 dan RTM 2..memang boring tahap alagappas waktu tu...x tau nak buat apa sbb jauh di pedalaman...wahaha..oklah...Selamat Tahun Baru 2010....Wassalam...

















P/s : Gambar-gambar di atas dirakamkan sepanjang percutian aku di Sabah dgn menggunakan kamera Nikon D60..ambe budak baru belajor ambik gambor....wakaka

Sunday, November 1, 2009

Aku Mesti Menulis....

"Ahhh..aku x kira...aku mesti menulis juga hari ini...lantak le org nak paham ke..buat2 paham ke..x paham ke...buat2 x paham ke...yg penting aku mesti tulis!!" bentak hati kecilku.....

Apa yg ada dgn tajuk di atas?Ye...aku pun x paham pada mulanya...tapi aku mesti pahamkan juga..seperti kata pepatah English, “Do not fear risk. All exploration, all growth is calculated. Without challenge people cannot reach their higher selves. Only if we are willing to walk over the edge can we become winners.”

Off topic : erkk..ada kaitan ke pepatah tu dgn citer ni??hahaha

On topic :

Apa kata hari ini kita belajar mengubahsuai sistem pam air sedia ada yg menggunakan kawalan elektrod biasa kepada pam yg menggunakan sistem Variable Speed Drive (VSD)??haha...

Baiklah...apakah kebaikan menggunakan VSD ini?Kebaikan utamanya adalah memanjangkan jangka hayat pam tersebut..Dalam penggunaan pam yg menggunakan kawalan elektrod, penggunaan motor pam tersebut adaah tidak berdasarkan kepada penggunaan sebenar permintaan air (water demand). Ini bermakna, walaupun permintaan air berkurang, kelajuan motor pam tersebut masih pada kadar yg sama. Dengan penggunaan VSD, penggunaan motor adalah berdasarkan permintaan air yg mana kelajuan motor pam tersebut akan berkurang atau bertambah mengikut permintaan air.

Bagi menggantikan sistem pam sedia ada ini, panel pam sedia ada boleh dikekalkan. Terdapat beberapa penambahan dan kerja ubahsuai yg perlu dilakukan bagi membolehkan sistem VSD ini ditambah kepada sistem pam sedia ada. Komponen yg terlibat dalam kerja-kerja menaiktaraf sistem pam ini adalah seperti Frequency Inverter, Programmble Logic Controller (PLC), Electrical Contactor,Control Relay dan sistem instrumentasi.

Fungsi utama Frequency Inverter tersebut adalah untuk mengawal kelajuan motor. Sebagai contoh, apabila frequency inverter ini membekalkan frequency output pada kadar yg lebih rendah, kelajuan motor tersebut secara automatiknya akan diperlahankan dan begitulah sebaliknya.

PLC pula adalah teras kepada sistem tersebut. Ia akan mengumpul segala data Auto/Manual signal, Dry Run signal, inverter stop signal dan pump trip signal. PLC ini sendiri terdiri daripada komponen-komponen time switches, counters dan contactor relays.

Fungsi utama electrical contactor pula adalah sebagai suis yang akan mengawal sistem pam tersebut.

Sistem instrumentasi ini terdiri drp beberapa komponen iaitu Electromagnetic Flowmeter, Flow Signal Converter, Pressure Transmitter dan Pressure Gauge.

Electromagnetic Flowmeter : di pasang pada bahagian paip agihan di dalam rumah pam dan bertindak untuk mengukur 'ouflow rate' yang dibekalkan drp rumah pam kepada kawasan yang hendak dibekalkan seperti kawasan perumahan.

Flow Signal Converter : di pasang dlm rumah pam untuk memaparkan kadar pengepaman (pumping flow rate).

Pressure Transmitter : dipasang pada bahagian paip agihan. Digunakan untuk memantau tekanan pam (0 - 10 bars). Signal akan dihantar memalui kabel kepada frequency inverter untuk mengekalkan tekanan air. Bacaan tekanan air tersebut boleh dilihat melalui VSD LCD Display. Selain itu, pressure gauge juga perlu dipasang sebagai rujukan.

Dry Run Electrode System : level elektrod akan dipasang pada bahagian tangki sedut (suction tank) dan controller pula akan dipasang pada panel pam sedia ada. Fungsinya adalah untuk melindungi pam tersebut yg mana apabila tangki tersebut kering/tiada air, maka secara automatiknya pam tersebut akan berhenti.

Demikianlah penerangan ringkas daripada aku berkenaan sistem VSD untuk pam. Untuk makluman lanjut, hubungi pengedar/pembekal pam yang terdekat..wakakaka..

Wassalam...

P/s : Erkk....aku rasa xde sape pun yg berminat nak baca sampai abis citer ni...wakakaka