CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 29, 2008

Aku & Kerja...

Huhuhu…akhirnya kereta aku telah mula bergerak hari ni setelah 2 hari tersadai kat rumah…walaupun begitu, kegagalan fungsi kereta aku yang menyebabkan battery kete aku ‘ternyahcas’ masih gagal dikesan..namun begitu, aku tetap menyuruh pomen tu tukar suis brek belakang yg menjadi suspect utama untuk menyedapkan hati aku…Oleh itu, kepada boss aku, sudilah kiranya jangan menyuruh aku bawak kete aku gi outstation dlm seminggu dua ni sehingga keadaan kereta aku diyakini telah stabil..sorry boss..huhu….

Hari ni, tergerak pulak hati aku untuk bercerita mengenai salah satu projek aku yg sedang dlm ‘construction’ sekarang walaupun tiada sesiapa yg menyuruh aku bercerita…Sebenarnya, pagi tadi aku telah ditugaskan untuk membuat ‘site evaluation’ bagi kerja-kerja M&E bersama-sama pihak kontraktor dan JKR..masa kat site tu, terpikir lak aku untuk menulis kisah projek ini kerana projek ini agak special dari segi sistem mekanikalnya….

Projek yang akan ku kisahkan kali ini terletak di Jalan Duta berhampiran kompleks kerajaan..Projek ini merupakan blok tambahan kepada bangunan arkib yang sedia ada..Sebenarnya, perjalanan projek ini pada mulanya agak tragis.Namun, berbekalkan kecekalan hati yg jitu (cesss…), akhirnya projek ini berjaya di ‘construct’.Projek ini adalah sebuah projek ‘Design & Build’ yang bermula proses tendernya sejak tahun 2006..(tak sangka lak boleh sangkut projek ni walaupun kos yang dikemukakan adalah jauh lebih rendah berbanding anggaran pihak JKR..dah rezeki, terima je lah…)

Rekabentuk bangunan ini terdiri dari Aras 1, Aras 2, Aras 3 dan Aras 4 (aku pun x tau apsal diaorg tak mula dengan aras ground floor spt kebiasaannya). Fungsi utama bangunan ini adalah untuk ruang penyimpanan bahan-bahan bersejarah arkib yang terdiri daripada filem2 lama, rekod2 bahan kertas, rekod2 bahan komputer, dan lain2. Ruang penyimpanan ini dipanggil Bilik Repositori. Selain itu, bangunan ini juga menempatkan sebuah auditorium, bilik studio rakaman, pejabat, perpustakaan dan laboratori.

Sistem mekanikal bangunan ini dipecahkan kepada beberapa seperti berikut :

1) Air Conditioning Services

-Terdiri drp sistem ‘Water Cooled Chiller’ yang berkapasiti 280 RT (total)

-Setiap bilik repositori dibekalkan dgn sistem 24 jam dan bilik ini juga mempunyai suhu bilik yang agak rendah dan kelembapan (%RH) yang agak rendah. Bagi mengawal %RH tersebut, sistem ‘dehumifier’ dibekalkan (%RH yang paling rendah diperlukan kalau tak silap aku ialah 30% RH)

-Terdapat juga sebuah Cold Room yang bersuhu di bawah 5 deg. C

2) Mechanical Ventilation

-Ruang laboratori dibekalkan dengan sistem ‘fume hood extarctor’ yang mana sistem ini berfungsi utk menapis habuk yg terhasil semasa mencuci filem.

-Bagi ruang toilet, hanya sistem ‘exhaust fan’ jenis ‘wall mounted’ individu yang dibekalkan (tiada ducting).

3) Fire Protection

Sistem pencegah kebakaran terdiri daripada beberapa sistem seperti berikut :

3.1 Sprinkler System (Ordinary Hazard Class I – 30 m) – (giler apa..paip sprinkler pun kena pakai G.I Class C)

3.2 Hose Reel System

3.3 Dry Riser System

3.4 CO2 Fixed Installation System for Gen-set Room and Consumer Room

3.5 Argonite System for TNB Substation (single chamber)

3.6 Clean Agent System (FM 200) for all Repository area and Recording/ Sound Studio

3.7 VESDA System for all Repository area (memang giler aaa)

3.8 Smoke spill system for auditorium and corridor (yang ni tgh appeal dgn bomba utk mintak pengecualian..gile apa..dlm tender x masuk pun..huhuhu)

4) Cold Water & Sanitary Plumbing

-Sistem biasa je…ada suction tank..ada flush valve pump utk toilet…sanitari pun xde special…

5) Lift Installation

-Terdiri drp 1 no. Goods Lift (2000 kg) dan 1 no. Dumbwaiter (200 kg).

6) Building Automation System

-Monitoring only (x reti nak explain lebih2 sbb bukan bidang kepakaran aku..huhuhu).

Projek ini dijangka siap pada September 2009 (rasanya la..hehehe)..Hopefully, projek ini dpt dijadikan reference utk aku apply P.E nanti…harap2 semua problem boleh settle la..huhu…

Sekian sahaja cerita yg memboringkan utk mlm ini..Di bawah ini, dipaparkan beberapa keping gambar kat site yg sempat aku snap pagi tadi....Wassalam….



(P/s : Kalau Cik Teh jadi QS utk projek ni…mesti penat dia sebab hari2 kena ‘follow up‘ aku buat claim….biasa la..aku bab buat claim org ni memang xde mood..huhu)





2 comments:

fAtrinA said...

kreator~
site valuation???jhahahhaa...jaga2 jgn overpaid yer...kwang3
td pun g site evaluation...lalallala

Kreator said...

fatrina~
Mana pernah overpaid...kontraktor selalu x puas hati sbb bnyk ngat saya potong...huhu..kejam betul tugas konsultan ni..hehehe